dentistsnearby-covid-19   dentsplysirona-malaysia-dentistsnearby  StraumannGroup Logo Certified Partner RGB 1   AI logo 400x200 

search-dentists-malaysia

Q&A Soalan tentang Braces !

 👉 BOOK BRACES NOW on WhatsApp : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Link : https://dentist3.com/braces-pendakap-gigi-ortho-braces-murah/

🤔 Apa fungsi sebenar pendakap gigi (braces) ?

💡Braces ialah Antara cara paling berkesan utk meluruskan susunan gigi kita. Gigi yg tersusun memastikan proses membersihkan gigi jadi lebih mudah. Penampilan kita pun akan nampak lebih bagus.

🤔 Macam mana cara braces berfungsi?

💡Braces berfungsi dgn cara menggerakkan gigi menggunakan wayar & brackets besi yg akan di servis setiap bulan. Jadi korg kena rajin dtg setiap bulan ye!

🤔 Wajib ke cabut gigi kalau nak pakai braces?

💡Tak semestinya. Dr akan cek gigi korg, bergantung pada masalah gigi, result yg korg nak dapatkan & xray gigi, dr akan bgtau samada kes korg perlukan cabutan atau tak.

🤔 Sakit ke bila pakai braces ni?

💡Pada seminggu pertama, mungkin akan rasa tekanan sikit yg disebabkan pergerakan pada gigi, tapi lepas tu korg akan mula biasa & tak rasa sakit dah.

🤔 Berapa lama saya perlu pakai braces?

💡Bergantung pada keadaan gigi setiap individu. Masalah gigi yg berbeza, result yg diingini setiap patient, semua ni memainkan peranan dlm menentukan tempoh masa pemakaian braces korg.
Masalah gigi yg lebih teruk, memerlukan masa yg lebih panjang utk siap.
Tapi kebiasaannya akan ambil 1-3 tahun utk selesai.

🤔 Umur berapa yg paling sesuai utk braces?

💡Remaja 17-23 tahun adalah paling sesuai utk rawatan braces sebab tulang lebih lembut, jadi pergerakan gigi lebih cepat.
Tapi takde masalah utk lingkaran umur lain nak pakai braces. Yg penting semua gigi kekal dah keluar & gigi cukup kuat serta stabil.

🤔 Apa itu retainer?

💡Retainer ialah alat yg akan memastikan gigi kita kekal pada kedudukannya selepas braces dibuka.
Utk setahun pertama, retainer perlu dipakai 24/7. Lepas tu cuma perlu pakai malam masa tidur je.
Retainer akan memastikan fiber & ligamen pemegang gigi di kedudukan baru tu terbentuk dengan sempurna & kekal kat situ.

🤔 Braces ada banyak jenis, mana yg paling bagus?

💡Dr akan cek gigi korg semasa fasa konsultasi & tentu kan yg mana paling sesuai.
Conventional braces ialah braces besi yg ada getah warna warni, jenis ni paling basic, harganya pun rendah berbanding braces jenis lain.
Tapi kemampuan braces conventional ni utk merawat mcm2 masalah gigi tak tersusun tak kalah hebat tau.

Clear aligners ialah braces lutsinar, jenis ni mmg sesuai utk org yg pentingkan penampilan & ada gaya hidup yg sibuk.
Kenapa? Sebab aligners ni lebih mudah dijaga dari segi kebersihan (boleh dibuka pakai), cuma harganya agak tinggi sikit berbanding braces conventional.

❤️Bergantung pada keadaan gigi korg & saranan dr, pilihan braces yg tepat boleh berikan hasil yg lebih optimum & memuaskan!

 👉 BOOK BRACES NOW on WhatsApp : https://linktr.ee/dentist3cliniclist


 Link : https://dentist3.com/braces-pendakap-gigi-ortho-braces-murah/

🦷Pendakap gigi ialah salah satu cara bagi meluruskan susunan gigi, yg berfungsi utk memperbaiki penampilan seseorang.
Selain tu, pendakap gigi jugak membantu korg utk menjaga kesihatan gigi & gusi dgn lebih baik, serta memudahkan proses mengunyah makan menjadi lebih mudah.

🌸Braces berfungsi dgn cara mengerakkan gigi menggunakan wayar & brackets yg akan menarik gigi ke arah yg sepatutnya.

🦷Siapa yg selalunya akan pakai braces ni?

🌸Waktu terbaik utk mula pakai braces ialah semasa remaja.
Tapi! Orang dewasa pun boleh pakai jugak tau. Gigi & gusi yg sihat tu penting tanpa mengira umur. Kalau terlalu muda pun, perlu tggu smpi semya gigi kekal tumbuh dulu sebelum mula pakai braces.

🦷Mulut yg sihat secara keseluruhan adalah penting sebelum kita nak mulakan rawatan ortho ni.
Ada sesetengah yg tak sesuai & tak digalakkan utk memakai braces, contohnya, masalah gusi teruk.
Hanya dr yg boleh cek & tentukan samada korg sesuai atau tak utk pakai braces.

🌸Kenapa saya perlukan braces?

Ada bnyk sebab yg memerlukan korg utk pakai braces.
Antaranya ialah:
*overcrowded (gigi terlalu padat & tak cukup ruang)
*jongang
*overbite (gigi bawah terlalu jauh ke belakang)
*underbite (gigitan gigi atas berada di belakang gigi bawah)

🦷Braces yg selalu kita tgk ialah yg diperbuat dari metal (besi), tp ada jugak yg diperbuat dari ceramic atau plastik.
Walaupun rekaannya dibuat khas utk keselesaan pt (patient), tp ada kemungkinan yg ia akan bergesel dgn mulut & buatkan pt tak selesa.
Gigi pun mungkin akan rasa tekanan & sakit sikit. Tp kejap je (beberapa hari). Cuma akan rasa masa mula2 pakai braces & masa servis bulanan je.

🌸Braces tu mungkin akan rasa mcm besar dalam mulut mula2 sebab korg tak biasa lagi, tp lepas tu korg akan biasa dah.
Jangan risau & teruskan pakai braces anda okay!

🦷Berapa lama perlu pakai braces ni?

Bergantung pada keadaan gigi korg. Boleh jadi antara beberapa bulan sehingga lah 2-3 tahun.
Kebanyakan kes akan siap dlm masa 1-2 tahun.

🌸Perlu ke saya dtg setiap bulan utk servis?

Yup. Setiap org akan ada plan rawatan yg dah dirancang oleh dr, dan perlu diservis sekali sebulan.

Utk dapatkan hasil yg optimum, kena la rajin dtg appointment ye. Dr akan cek keadaan braces & gigi korg, tgk apa yg perlu di tukar supaya pergerakan gigi lebih cepat & di keadaan yg betul.

🦷Pakai braces cuma utk gigi lurus je ke?

Takk, ada bnyk lagi kelebihan utk rawatan braces ni.
Gigi yg tersusun rapi akan memudahkan kita utk jaga kebersihan gigi dgn lebih bagus.
Utk yg ada masalah jongang & gigi berlapis, braces akan tolak gigi tu ke kedudukan yg sepatutnya, sekaligus boleh pastikan gigi kekal bersih.

Bukan tu je, proses mengunyah makanan pun akan jadi lebih mudah tau, barulah korg dpt menikmati makanan kegemaran dgn sepuasnya.

🌸Kadang2 kalau korg selalu rasa rahang mcm tak selesa atau sakit, tu pun mungkin disebakan gigitan yg tak betul.
Cuba consult dgn dr korg tentang ni, tapi masalah rahang selalunya boleh diperbaiki dgn braces jugak, sebab kedudukan gigi yg betul akan pastikan korg gigit sgn selasa, jadi rahang akan kurang tekanan & tak rasa sakit lagi dah.

Braces mungkin rawatan yg pasal berkesan utk membaiki kedudukan gigi korg.
Tapi jangan lupa utk bincangkan dulu aspek rawatan, contohnya, apa hasil yg boleh korg dapat lepas siap nanti, jadi lebih mudah utk korg fahami kenapa perlu nya rawatan ni dilakukan.

🦷Adakah rawatan orthodontic boleh merosakkan gigi saya ?

Gigi korg hanya akan rosak kalau korg tak jaga dengan cara yang betul.

Ia takkan rosak dengan hanya pemakaian braces. Kebersihan yang merosot, pengambilan makanan & minuman yang manis pun boleh menyumbangkan kepada kerosakkan gigi. Ingat, korg harus membersihkan gigi & braces ni dengan teliti tau!

🌸Ini kerana gigi & akar gigi akan bergerak melalui tulang rahang yang akan menyebabkan pemendekkan pada akar gigi. Perubahan ni tak membahayakan gigi korg. Ia adalah penting untuk seseorang mengetahui kemungkinan risiko sepanjang rawatan.

🦷Jika rawatan orthodontic tak dijalankan mengikut kaedah yang betul, ia akan menyebabkan kerosakkan kekal pada tulang rahang, gusi & akar gigi.
Hanya seorang dr gigi yang terlatih dapat memastikan keadaan ni tak berlaku.

🌸Adakah rawatan orthodontic (braces) ni kekal ?

Ada kemungkinan untuk gigi bergerak ke keadaan asal. Tujuan rawatan orthodontic ialah untuk menggerakkan gigi ke posisi yang lebih stabil. Ia adalah satu proses yang rumit & hanya pakar je yg boleh menentukan di mana & bagaimana gigi akan digerakkan.

Posisi gigi terbaru haruslah stabil. Bagaimanapun, korg haruslah memakai braces sepanjang tempoh yang dinasihati oleh doktor gigi korg.
Ini akan membantu memgelakkan gigi bergerak ke posisi asal semula sebelum pemakaian braces. Walaupun hanya sedikit pergerakan, tapi nanti rasa mcm sia2 la usaha & duit yg korg dah belanjakan utk rawatan braces tu kan.

🦷Korg juga harus memakai "retainers" secara berkala selepas rawatan braces. Ini juga dapat membantu memgelakkan gigi bergerak ke keadaan asal. Kami taknak la usaha korg selama ni membazir!

🌸Bagaimana saya harus menjaga braces & gigi saya?

Ia adalah agak penting untuk gigi korg sentiasa diperiksa oleh dr semasa pemeriksaan bulanan & juga selepas rawatan.

Bersihkan gigi korg dengan teliti setiap hari, termasuk celah gigi.

Bracket tu halus jadi korg kena membersihkannya dengan cermat supaya ia tak asyik tercabut je.

🦷Dr korg anda akan ajar cara2 penjagaan mengikut jenis braces yang dipakai.

Selain itu, kurangkan makanan dan minuman yang manis. Juga elakkan makanan yang melekit & keras sebab ia akan merosakkan braces anda.

Akhirnya, berus gigi sebelum tidur pada waktu malam & sekali pada waktu siang. Gunakan ubat kumur mulut jika diperlukan.
Dr korg boleh cadangkan ubat gigi, gel fluoride atau ubat kumur mulut yang mengandungi fluoride yang tinggi untuk korg guna sepanjang rawatan.

🌸Sejauh mana kejaayaan rawatan braces?

Dalam kebanyakkan situasi, rawatan orthodontic berjalan lancar tp korg harus komited pada rawatan korg supaya ia dapat mencapai kejayaan.
Ikut setiap arahan daripada dr ye!

Sepanjang korg pakai braces, kena lebih berhati-hati tentang pemakanan tau. Pengurangan makanan manis & berasid adalah wajib untuk memberikan keputusan yang terbaik untuk gigi korg.
Ini disebabkan braces akan menyebabkan makanan tersekat & mengakibatkan pembentukkan plak gigi yang lebih banyak berbanding keadaan biasa. Plak adalah satu lapisan bakteria nipis & melekit yang terbentuk pada permukaan gigi.

🦷Selain tu, korg harus berjumpa doktor gigi dengan kerap semasa rawatan orthodontic & juga selepas rawatan tau!

👉 BOOK BRACES NOW on WhatsApp : https://linktr.ee/dentist3cliniclist

Link : https://dentist3.com/braces-pendakap-gigi-ortho-braces-murah/

 

Newsletter

dentistsnearby-newsletter-subscribe-150px-for-web

! IMPORTANT ! Check Your Email

Info Pergigian Exclusive Di Emel Anda!
Exclusive Dental Updates / Offers In Your Inbox!

×

dentistsnearby-newsletter-subscribe-150px-for-web

! IMPORTANT ! Check Your Email

Info Pergigian Exclusive Di Emel Anda!
Exclusive Dental Updates / Offers In Your Inbox!