dentistsnearby-covid-19   dentsplysirona-malaysia-dentistsnearby  StraumannGroup Logo Certified Partner RGB 1   AI logo 400x200 

search-dentists-malaysia

Doktor gigi palsu malaysia

Imej dari Kosmo!

PETALING JAYA – Tindakan tegas termasuk hukuman penjara sehingga enam tahun boleh dikenakan kepada mana-mana "doktor" tidak bertauliah yang terlibat dalam aktiviti pemasangan venir tiruan pada harga murah sehingga membahayakan kesihatan dan nyawa pengguna.

Amaran tegas itu disuarakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang mengakui hukuman itu boleh dilaksanakan di bawah akta penguatkuasaan yang lebih tegas.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil tindakan terhadap individu yang didapati menawarkan perkhidmatan venir tiruan kepada pe­langgan memandangkan ia merupakan satu kesalahan serius.

Doktor gigi palsu malaysia 2

“Kalau diamalkan tanpa lesen, satu kesalahan. Kita boleh ambil tindakan, boleh dipenjara kerana kita ada akta baharu.

“Kepada mana-mana pihak yang terlibat, mereka tidak akan terlepas kerana penguatkuasaan yang lebih tegas akan menanti mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! Ahad semalam yang mendedahkan mengenai bahaya penggunaan venir tiruan yang ditawarkan tukang gigi tidak bertauliah kononnya boleh menjadikan seseorang itu kelihatan lebih ­menawan.

Menurut laporan tersebut, ramai pelanggan menjadi mangsa tukang gigi palsu yang menawarkan perkhidmatan venir tiruan di rumah pelanggan, inap desa, hotel dan salon kecantikan dengan bayaran semurah RM100 bagi sebatang gigi.

Venir merupakan perawatan oral dengan menampal lapisan putih pada sebahagian gigi hadapan bagi mendapatkan warna serta susunan yang cantik dan sekata.

Mengulas lanjut, Noor H­isham berkata, jumlah kes mangsa yang mengalami kerosakan gigi setelah menerima perkhidmatan venir palsu telah menunjukkan peningkatan setiap tahun.

“Kes memang banyak, bukan tahun ini sahaja seperti laporan Kosmo! Ahad semalam (kelmarin). Setiap tahun memang ada.

“Pihak KKM akan keluarkan kenyataan mengenai perkara ini selewatnya minggu hadapan. Ini kerana kes seperti ini memang ada dan tinggi,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati kerana kesan risiko sangat tinggi sekiranya mendapatkan perkhidmatan dari tukang gigi yang tidak bertauliah.

“KKM memang tidak ga­lakkan kerana orang yang buat itu tidak profesional atau pengalaman. Kesannya, gigi akan menjadi rosak.

“Venir palsu ini seperti kosmetik dan masalah timbul bila kita pergi buat rawatan di tempat tidak diiktiraf seperti di hotel. Bila hilang gigi baru menyesal,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan menguatkuasakan Akta Pergigian 2018 (Akta 804) bagi menggantikan Akta Pergigian 1971 (Akta 51) bermula 1 Januari tahun ini.

Menurut Khairy Jamaluddin, Akta 804 akan berada di bawah penguatkuasaan KKM untuk mengawal selia amalan bidang pergigian bagi menggantikan Akta 51 yang telah diguna pakai sejak 50 tahun lalu.

“Berdasarkan Akta 804 ini, seseorang pengamal pergigian haram yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman maksima iaitu RM300,000 dan atau penjara selama enam tahun,” jelas Khairy.

Doktor gigi palsu malaysia 3

- dipetik dari Kosmo!


Other Related Articles about Fake Dentists in Malaysia : 

- 2021 article : https://dentistsnearby.com/misc/dental-updates-announcements/1149-flash-news-enforcement-of-the-dental-act-2018.html

- 2020 article : https://www.dentistsnearby.com/misc/dental-updates-announcements/927-klinik-pergigian-mewah-beroperasi-secara-haram.html?highlight=WyJha3RhIl0=

- 2020 article : https://www.dentistsnearby.com/misc/dental-updates-announcements/818-beware-the-three-categories-of-fake-drs.html

- 2017 article : https://www.dentistsnearby.com/misc/dental-updates-announcements/506-fake-dentistry-is-dangerous.html

- 2017 article : https://www.dentistsnearby.com/misc/dental-updates-announcements/501-nov-16th-another-fake-dentist-charged-with-rm30k-bail.html

Newsletter

dentistsnearby-newsletter-subscribe-150px-for-web

! IMPORTANT ! Check Your Email

Info Pergigian Exclusive Di Emel Anda!
Exclusive Dental Updates / Offers In Your Inbox!

×

dentistsnearby-newsletter-subscribe-150px-for-web

! IMPORTANT ! Check Your Email

Info Pergigian Exclusive Di Emel Anda!
Exclusive Dental Updates / Offers In Your Inbox!